Lokasi :
Pulau Redang, Terengganu
Tarikh :
27 September 2013 – 29 September 2013
Hari
: Jumaat,Sabtu dan Ahad
Pada tarikh 27 September 2013, bersamaan dengan hari Jumaat,
Kelab Kembara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Redang. Lawatan ini
telah berlangsung selama 3 hari dan 2 malam. Pada pukul 4:00 pagi, bertarikh 27
September 2013, kami bertolak daripada kampus politeknik dengan membawa 19 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab kembara dan 5 orang pensyarah
pengiring. Perjalanan ke Jeti Syahbandar untuk ke Pulau Redang
memakan masa selama sekitar 8 jam. Sebelum sampai ke jeti, kami telah berhenti
rehat di kawasan sekitar Cheneh untuk sarapan pagi dan menikmati makan tengah
hari kami di sekitar Kemaman, Terengganu.
Sambil menunggu ketibaan feri yang
telah dijadualkan pada pukul 3:00 petang, kami diberikan pelepasan untuk
meneroka Pasar Payang dan juga diberikan kesempatan untuk menunaikan solat jamak
di dalam sebuah surau berhampiran Pasar Payang.
Pada pukul 3:00 petang, kami menaiki feri seperti yang telah dijadualkan.
Selepas lebih kurang 1
jam berada di atas feri, kami sampai di Jeti Kampung Baru Pulau Redang tepat jam 4.10 petang. Kampung ini hanya mempunyai jalan raya sepanjang 3 kilometer. Kami
kemudiannya ditempatkan di Pusat Ko-kurikulum Negeri Terengganu yang asalnya
merupakan sebuah kem yang menganjurkan pelbagai aktiviti air.
Kami disambut
mesra oleh kakitangan dan tenaga pengajar pusat ko-kurikulum tersebut dan kami penginap di dorm.
Seterusnya, kami diminta untuk
menukar ke pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti pertama iaitu
“water confidence”. “Water confidence” ialah satu aktiviti atau latihan asas
bagi menangani rasa takut atau fobia kepada air.
Kami menaiki lori untuk sampai di Teluk Dalam bagi melakukan aktiviti
pertama kami iaitu Water Confident. Aktiviti ini di bantu oleh
jurulatih yang berpengalaman iaitu Cikgu Rosli, Cikgu Rosdi, dan Cik
Liza.
Kemudian, apabila sampai ke kem kami diberi kesempatan untuk
membersihkan diri kami, solat dan juga makan malam. Bagi mendisiplinkan pelajar
yang berkunjung ke kem berikut, kami terikat dengan peraturan kem. Antara salah
satu peraturan ialah selepas makan kami dikehendaki untuk membasuh pinggan dan
cawan kami sendiri. Kami juga haruslah menepati masa yang diaturkan.
Pada sebelah malam, kami berkumpul untuk mendengar taklimat mengenai peralatan ‘snorkling’ dan
serba-serbi tentang sejarah Pulau Redang. Kami ditanggungjawabkan untuk menjaga
peralatan ‘snorkling’ kami selama mana kami menginap di sana dan memastikan
peralatan tersebut bersih dan dijemur selepas digunakan. Selepas taklimat
selesai, kami dibebaskan untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti pada esok
pagi.
Keesokkan harinya, kami berkumpul untuk menaiki bot ke Marine Park. Kami dikehendaki menjalankan aktiviti
‘snorkling’ seharian.
Setelah bot sampai,
kami pun memulakan perjalanan. Destinasi yang pertama kami melewati ialah
Marine Park.
Apabila sampai ke jeti Marine Park, kami teruja dapat melihat pelbagai jenis kehidupan di dasar laut.
Setelah taklimat ringkas diberikan,
kami dibenarkan 'snorkling' untuk menerokai keindahan alam semula jadi di dalam laut.
Kami dapat melihat pelbagai jenis batu karang yang cantik dan berwarna-warni, memberi makan pelbagai spesis ikan, melihat kecantikan kapal karam, dan yang tidak boleh dilupa ialah kami dapat melihat belut di dalam air.
Selepas beberapa jam di Marine Park,
kami menaiki bot ke beberapa destinasi dan di sini kami ditugaskan untuk menyelam terus daripada bot, berbeza
dengan apa yang dilakukan di Marine Park. Tidak dinafikan, menyelam daripada
bot menggetarkan lutut kami pada mulanya kerana kami perlu lompat daripada bot
dan ketinggian paras air laut pada masa itu adalah sangat dalam. Walaupun
sedikit gentar, selepas dikerah oleh tenaga pengajar, akhirnya kami semua masuk ke
dalam laut.
Di sini kami berpeluang
untuk menyaksikan ‘Nemo fish’ yang tinggal di ‘coral’
lembut.
Kami juga berpeluang untuk memegang gamat hidup.
Antara tempat yang kami
sempat kunjungi ialah Pulau Pinang, dimana Pulau Pinang ini merupakan kawasan
kampung dan penempatan orang-orang asal Pulau Redang dahulu, Pulau Lima dan
beberapa pulau lain lagi.
Destinasi kami yang terakhir pada hari itu ialah Long Beach.
Long Beach merupakan destinasi yang kedua untuk kami menyelam daripada darat.
Long Beach merupakan salah sebuah pulau peranginan terkenal di Pulau Redang. Kami diberi peluang sekali lagi untuk snorking. Pada pukul 6.30 petang, kami berangkat pulang ke Pusat Ko-kurikulum Negeri Terengganu.
Untuk aktiviti malam, kami dikehendaki untuk memulangkan
semua peralatan ‘snorkling’ dan mengemas beg kami kerana kami akan bertolak pulang menaiki bot pada pukul 7.00 pagi. Kami juga dinasihatkan untuk berehat dengan secukupnya kerana sudah seharian kami ber'snorkling'. Kami juga sempat membeli beberapa cenderahati di gerai-gerai di
hadapan Pusat Koko untuk dibawa pulang dan diberikan kepada keluarga dan kawan-kawan.
Keesokan paginya kami mengucapkan selamat tinggal dan
berterima kasih kepada jurulatih Pusat Koko atas bimbingan
dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Kami menaiki feri pada pukul 7:00 pagi dan
sampai ke Jeti Syahbandar lebih kurang 1 jam kemudiannya.
Semasa perjalanan pulang, kami berhenti untuk sarapan pagi dan selepas itu kami melawat dusun
buah-buahan Pn Amidah Binti Ujang di Kampung Ajil.
Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan
tempatan seperti rambutan, duku, durian dan manggis. Selama beberapa jam di
dusun buah tersebut, kami teruskan perjalanan pulang. Kami tiba di kampus
politeknik lebih kurang pukul 10:00 malam, bersamaan hari Ahad, bertarikh 29
September 2013.
Tidak dinafikan, bahawa Program Kemahiran Asas Kembara ini sangat bermakna buat diri kami dan kami berasa amat terhutang budi dan
beruntung untuk berada di dalam kelab ini. Pengalaman menyelam di permukaan laut atau lebih
dikenali sebagai ‘snorkling’ telah menjadikan kami pelajar yang 'confident' terhadap aktiviti lasak.
Disediakan oleh:
1)
Nur Dyana Syamimi Binti Hasni
2)
Siti Noradillah Binti Mohammad
3)
Nur Sabrina Binti Mohammad Shahril
4)
Nurul Adila Binti Ibrahim
5)
Nurul Adriana Binti Mohd Ali
6) Liyana Farhanah Binti Mohammad Hanif