Wednesday, December 18, 2013

Monday, October 28, 2013

SUKARELAWAN YES PSA BERBAKTI DI KEMBOJA

MUKA 26       
                                                   UTUSAN MALAYSIA                                                          
25 OKTOBER 2013 (JUMAAT)


Thursday, October 24, 2013

QURBAN WARGA PSA DI CAMBODIA (OKTOBER 2013)


SOKKRY

SOKKRIAH

Chroy Metrey Leu Srok Mokkumpol /Kandal

Tarikh : 10/24/2013
___________________________________________


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ucapan terimakasih degan hormat, Salam sejatera kami sampaikan semoga Rahmat Allah SWT sentiasa memberkah kita semua dan selalu dalam keadaan sehat wal’afiat untuk menunaikan tugas kewajipn kita sehari-sehari.

Amin.


Bersama dengan datangnya surat ini kami seluruh penduduk kampong Chroy Metrey Leu Srok
Mokkumpol /Kandal ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekolah:

NASHARUDIN BIN ZAINAL ABIDIN

Poliktiknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Persiaran Usahawan, Seksyen U1,40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Atas Qurban yang telah dibari kepada kami kami tidak dapat membelas apa-apa hanta Allah SWT sahaja biasa membalas nya.
Demikian ucapan terima kasih atas perhadiah kami mengucapkan ribuan terima kasih .



Hormat kami,

SOKKRY,SOKKRIAH.

Chroy Metrey Leu, Srok Mokkumpol/Kandal

Kumpulan 1


1. Zarinah Zaini

2. Siti Noridah Ali

3. Mohd Zahari Ismail

4. Rokiah Taib

5. Masilah Atan

6. Marjuki Marmin
7. Mat Zin Hassan

Kumpulan 2

1. Hassan Mat Zin

2. Aleena Abdullah

3. Hariz Muhaimin Jamhariri (Anak)

4. Jaleha Hj Ismail

5. Sinayah Shahharom

6. Zuraini Samidi

7. Nor Aslina Arshad

Kumpulan 3

1. Norazman Mat Isa

2. Mohd Isa Mat

3. Kamariah Sani

4. Ibrahim Hussin

5. Jemiah Kassim

6. Sani Hanafi

7. Ropiah Sulaiman

Kumpulan 4

1. Nurulhuda Md Saad

2. Noraida Yusoff

3. Zaharah Che Harun

4. Yusoff Din

5. Wan Noraini Wan Kamrudin

6. Fatheela Beevi Hisuddin

7. Mohd Khairani Mohd Amin

Kumpulan 5

1. Shalhayuni Sarifuddin

2. Rasimah Sulong

3. Minah Abdullah

4. Roszidani Setik

5. Aidil Mukhriz B Mohd Hariz

6. Hanizah Anaitullah

7. Jazlena Muhammad

Kumpulan 6

1. Mohamad Rafi V.P.P Abdulah

2. Siti Noryanie Yusoff

3. Wan Hakimah Abd Rahim

4. Salmyah

5. Risna

6. Faridah Lat

7. Zaharatul Akmal Ahmad Zainuddin

Kumpulan 7

1. Rohani Jaya

2. Hj Sidek Bilal Akhil

3. Aida Sakinah Kahirul

4. Hannah Farzana Kahirul

5. Mohd Aminullah bin Basir

6. Mohd Shukran Abd Halim

Saturday, October 12, 2013

Pulau Redang



Lokasi    : Pulau Redang, Terengganu
Tarikh    : 27 September 2013 – 29 September 2013

Hari      : Jumaat,Sabtu dan Ahad


             Pada tarikh 27 September 2013, bersamaan dengan hari Jumaat, Kelab Kembara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Redang. Lawatan ini telah berlangsung selama 3 hari dan 2 malam. Pada pukul 4:00 pagi, bertarikh 27 September 2013, kami bertolak daripada kampus politeknik dengan membawa 19 orang pelajar yang terdiri daripada ahli kelab kembara dan 5 orang pensyarah pengiring. Perjalanan ke Jeti Syahbandar untuk ke Pulau Redang memakan masa selama sekitar 8 jam. Sebelum sampai ke jeti, kami telah berhenti rehat di kawasan sekitar Cheneh untuk sarapan pagi dan menikmati makan tengah hari kami di sekitar Kemaman, Terengganu. 



Sambil menunggu ketibaan feri yang telah dijadualkan pada pukul 3:00 petang, kami diberikan pelepasan untuk meneroka Pasar Payang dan juga diberikan kesempatan untuk menunaikan solat jamak di dalam sebuah surau berhampiran Pasar Payang.
 


            Pada pukul 3:00 petang, kami menaiki feri seperti yang telah dijadualkan.
Selepas lebih kurang 1 jam berada di atas feri, kami sampai di Jeti Kampung Baru Pulau Redang tepat jam 4.10 petang. Kampung ini hanya mempunyai jalan raya sepanjang 3 kilometer. Kami kemudiannya ditempatkan di Pusat Ko-kurikulum Negeri Terengganu yang asalnya merupakan sebuah kem yang menganjurkan pelbagai aktiviti air.
Kami disambut mesra oleh kakitangan dan tenaga pengajar pusat ko-kurikulum tersebut dan kami penginap di dorm.

            Seterusnya, kami diminta untuk menukar ke pakaian yang bersesuaian untuk aktiviti pertama iaitu “water confidence”. “Water confidence” ialah satu aktiviti atau latihan asas bagi menangani rasa takut atau fobia kepada air.
Kami menaiki lori untuk sampai di Teluk Dalam bagi melakukan aktiviti pertama kami iaitu Water Confident. Aktiviti ini di bantu oleh jurulatih yang berpengalaman iaitu Cikgu Rosli, Cikgu Rosdi, dan Cik Liza

Kemudian, apabila sampai ke kem kami diberi kesempatan untuk membersihkan diri kami, solat dan juga makan malam. Bagi mendisiplinkan pelajar yang berkunjung ke kem berikut, kami terikat dengan peraturan kem. Antara salah satu peraturan ialah selepas makan kami dikehendaki untuk membasuh pinggan dan cawan kami sendiri. Kami juga haruslah menepati masa yang diaturkan.


            Pada sebelah malam, kami berkumpul untuk mendengar taklimat mengenai peralatan ‘snorkling’ dan serba-serbi tentang sejarah Pulau Redang. Kami ditanggungjawabkan untuk menjaga peralatan ‘snorkling’ kami selama mana kami menginap di sana dan memastikan peralatan tersebut bersih dan dijemur selepas digunakan. Selepas taklimat selesai, kami dibebaskan untuk berehat dan bersedia untuk aktiviti pada esok pagi.


           Keesokkan harinya, kami berkumpul untuk menaiki bot ke Marine Park. Kami dikehendaki menjalankan aktiviti ‘snorkling’ seharian.
Setelah bot sampai, kami pun memulakan perjalanan. Destinasi yang pertama kami melewati ialah Marine Park.
Apabila sampai ke jeti Marine Park, kami teruja dapat melihat pelbagai jenis kehidupan di dasar laut.
Setelah taklimat ringkas diberikan, kami dibenarkan 'snorkling' untuk menerokai keindahan alam semula jadi di dalam laut.
Kami dapat melihat pelbagai jenis batu karang yang cantik dan berwarna-warni, memberi makan pelbagai spesis ikan, melihat kecantikan kapal karam, dan yang tidak boleh dilupa ialah kami dapat melihat belut di dalam air.


            Selepas beberapa jam di Marine Park, kami menaiki bot ke beberapa destinasi dan di sini kami ditugaskan untuk menyelam terus daripada bot, berbeza dengan apa yang dilakukan di Marine Park. Tidak dinafikan, menyelam daripada bot menggetarkan lutut kami pada mulanya kerana kami perlu lompat daripada bot dan ketinggian paras air laut pada masa itu adalah sangat dalam. Walaupun sedikit gentar, selepas dikerah oleh tenaga pengajar, akhirnya kami semua masuk ke dalam laut.
 Di sini kami berpeluang untuk menyaksikan ‘Nemo fish’ yang tinggal di ‘coral’ lembut.
Kami juga berpeluang untuk memegang gamat hidup.
Antara tempat yang kami sempat kunjungi ialah Pulau Pinang, dimana Pulau Pinang ini merupakan kawasan kampung dan penempatan orang-orang asal Pulau Redang dahulu, Pulau Lima dan beberapa pulau lain lagi.



           



Destinasi kami yang terakhir pada hari itu ialah Long Beach. Long Beach merupakan destinasi yang kedua untuk kami menyelam daripada darat.
Long Beach merupakan salah sebuah pulau peranginan terkenal di Pulau Redang. Kami diberi peluang sekali lagi untuk snorking. Pada pukul 6.30 petang, kami berangkat pulang ke Pusat Ko-kurikulum Negeri Terengganu.  

Untuk aktiviti malam, kami dikehendaki untuk memulangkan semua peralatan ‘snorkling’ dan mengemas beg kami kerana kami akan bertolak pulang menaiki bot pada pukul 7.00 pagi. Kami juga dinasihatkan untuk berehat dengan secukupnya kerana sudah seharian kami ber'snorkling'. Kami juga sempat membeli beberapa cenderahati di gerai-gerai di hadapan Pusat Koko untuk dibawa pulang dan diberikan kepada keluarga dan kawan-kawan.

Keesokan paginya kami mengucapkan selamat tinggal dan berterima kasih kepada jurulatih Pusat Koko atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Kami menaiki feri pada pukul 7:00 pagi dan sampai ke Jeti Syahbandar lebih kurang 1 jam kemudiannya. 

Semasa perjalanan pulang, kami berhenti untuk sarapan pagi dan selepas itu kami melawat dusun buah-buahan Pn Amidah Binti Ujang di Kampung Ajil.
Kami dihidangkan dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti rambutan, duku, durian dan manggis. Selama beberapa jam di dusun buah tersebut, kami teruskan perjalanan pulang. Kami tiba di kampus politeknik lebih kurang pukul 10:00 malam, bersamaan hari Ahad, bertarikh 29 September 2013.

Tidak dinafikan, bahawa Program Kemahiran Asas Kembara ini sangat bermakna buat diri kami dan kami berasa amat terhutang budi dan beruntung untuk berada di dalam kelab ini. Pengalaman menyelam di permukaan laut atau lebih dikenali sebagai ‘snorkling’ telah menjadikan kami pelajar yang 'confident' terhadap aktiviti lasak.



Disediakan oleh:

1)    Nur Dyana Syamimi Binti Hasni
2)    Siti Noradillah Binti Mohammad
3)    Nur Sabrina Binti Mohammad Shahril
4)    Nurul Adila Binti Ibrahim
5)    Nurul Adriana Binti Mohd Ali 
6)    Liyana Farhanah Binti Mohammad Hanif